• Entri Terkini

    Thursday, February 25, 2016

    Isu Papan Tanda 'Wajah Penjenayah Liwat' Amat Serius

    Setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei mempertahankan pemasangan beberapa papan iklan di negeri itu yang menggesa pembebasan bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

    Ia berikutan majoriti rakyat sudah mula bertanya dan melahirkan rasa tidak puashati dan Umno mendakwa kerajaan negeri menghina mahkamah kerana membenarkan pemasangan papan iklan tersebut.

    Bagaimanapun, Shuhaimi bertegas tanpa sebagarang sokongan fakta bahawa tidak ada yang salah mengenai papan iklan menggesa kebebasan Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada Februari tahun lalu selepas disabitkan atas tuduhan liwat dan seperti biasa pembangkang kekal pertahankan walaupun pahit bahawa tuduhan yang didakwa oleh Anwar sebagai bermotifkan politik.

    Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda, cuba berbohong kononnya Anwar juga diiktiraf sebagai tahanan politik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sedangkan hakikat sebenarnya yang ‘menyibuk’ di dalam hal ini adalah Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Kumpulan kerja itu adalah badan bawah Majlis Hak Asasi Manusia PBB, yang mana Malaysia sebelum ini menganggotainya pada 2006 hingga 2009 dan 2010 hingga 2013.

    • Majlis ini tidak lebih sama dengan biro biro yang ada di dalam mana-mana pertubuhan. Kalau ianya wajib, Malaysia mesti ada di dalam majlis ini, kenapa terhenti setakat 2013 sahaja?
    • Majlis ini hanya ‘kumpulan kerja’ dan tidak ada kuasa mutlak atau lebih tinggi kedududkan dari badan induk PBB itu sendiri.
    “Tidak ada isu berkaitan mencabar keputusan mahkamah, ianya suatu kempen membawa rakyat bersama dengan semangat Anwar Ibrahim dalam perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

    “Penggunaan papan iklan adalah dengan kebenaran pihak berkuasa. Penggunaan logo parti adalah menunjukkan pihak yang bertanggungjawab terhadap kempen tersebut,” kata Shuhaimi yang cuba menyembunyikan betapa undang-undang PBT tidak menyatakan seperti penjelasan beliau:

    Mengikut Sel.PU.83 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Subang Jaya)2007 Bahagian IV Iklan yang dilarang ;
    Perkara 17 (j) yang melarang sebarang iklan yang tidak melambangkan budaya dan cara hidup masyarakat Malaysia.
    Perkara 17 (k) iklan politik

    Sindrom penafian adalah strategi menjawab isu sejak dari dulu lagi apabila pakatan haram tidak mampu lagi untuk mengaku kesalahan mereka kepada rakyat Selangor dan Malaysia, Shuhaimi berkata Umno-BN tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Selangor dalam hal itu.

    Betapa tidak cerdik dan keanak-anakan apabila Shuhaimi menjelaskan bahawa ini kerana kerajaan negeri Pakatan Harapan tidak pernah berbuat sedemikian kepada Umno-BN.

    “Kerajaan negeri melalui PBT juga tidak pernah menyekat papan yang anggota BN seperti yang ada di Sabak Bernam.

    “Bahkan papan tanda dan iklan politik 1Azam berada di mana-mana di Selangor. Kerajaan negeri percaya kepada kebebasan maklumat dan mempertahankan hak itu,” tegas Shuhaimi yang terlalu bebal untuk memahami antara iklan program khas untuk rakyat oleh kerajaan perseketuan berbanding dengan iklan “Penjenayah Liwat”?

    Persepsi negatif terhadap program bantuan khas kepada golongan yang memerlukan bantuan cuba dipolitikkan oleh Shuhaimi. Apakah faedah rakyat dapat dengan iklan seorang Penjenayah Liwat?

    Menurut sumber, Exco Pergerakan Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah dilaporkan sebagai berkata tindakan tersebut bukan sahaja menghina mahkamah malah membazirkan wang rakyat.

    Beliau dijangka akan membuat laporan polis berhubung papan iklan itu hari ini.

    Mungkin Shuhaimi tidak pernah tahu apakah itu program 1AZAM:

    Program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan ataupun perkhidmatan

    MATLAMAT
    Menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin untuk menjan apendapatan
    Memperkasa kumpulan sasar supaya boleh berdikari
    Mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan

    4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:
    Perniagaan kecil-kecilan
    Penyediaan perkhidmatan
    Penempatan pekerjaan
    Pertanian

    AZAM KERJA

    Latihan kemahiran disediakan.

    Contoh pekerjaan adalah seperti:
    Jurujual produk
    Pekerja restoran makanan segera
    Pelayan restoran
    Pekerja hotel
    Program Menjana Pendapatan seperti tukang jahit, perniagaan sejuk beku dan Mat Salai

    AZAM TANI

    Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:
    Pertanian berkelompok
    Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
    Ternakan
    Projek hiliran hasil pertanian

    AZAM NIAGA

    Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:
    Makanan dan minuman
    Gerai makan

    AZAM KHIDMAT

    Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:

    Spa secara mobile
    Urutan dan refleksologi
    Jahitan
    Gunting rambut
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isu Papan Tanda 'Wajah Penjenayah Liwat' Amat Serius Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top