• Entri Terkini

    Friday, February 26, 2016

    Kerajaan PKR Selangor Guna Duit Rakyat Untuk Penerbitan 'Akhbar Dewakan Anwar'?

    Akhbar mingguan rasmi kerajaan negeri Selangor, Selangorkini, dilaporkan sedang disiasat polis kerana didakwa menyiarkan berita politik berikutan Ekoran laporan bertajuk "Lebih 3,000 gegar Himpunan 365 Bebas Anwar".

    Dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pagi tadi menemui pihak pengurusan syarikat percetakan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd di Seksyen 16 Shah Alam.

    Jurucakap syarikat itu berkata polis bertanya mengenai penyiaran bahan berita yang dianggap berunsur politik.

    Katanya, akhbar yang disiasat itu adalah edisi 12 - 19 Februari.

    “Menurut pegawai polis, Selangorkini tidak boleh menyiarkan berita berunsur politik dan berkaitan dengan Anwar Ibrahim,” katanya.

    Sementara itu jurucakap Selangorkini enggan memberi sebarang komen, sebaliknya memberitahu mereka akan membuat kenyataan melalui peguam selepas ini.

    Kerajaan PKR Selangor wajar menjelaskan apakah duit rakyat Selangor digunakan untuk terbitkan akhbar yang tidak memberi manfaat kepada rakyat?

    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kerajaan PKR Selangor Guna Duit Rakyat Untuk Penerbitan 'Akhbar Dewakan Anwar'? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top