• Entri Terkini

    Thursday, February 25, 2016

    Pesawah Dapat Insentif Tambahan - Ahmad Shabery Cheek

    Insentif tambahan sebanyak RM50 akan mula diagihkan kepada pesawah di seluruh negara mulai 1 Mac ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Beliau berkata tambahan tunai itu, yang diberikan kepada pesawah sebagai insentif input pengeluaran padi, dijangka melibatkan hasil keluaran lebih 2.8 juta metrik tan padi.

    “Pembayaran ini sepatutnya diberikan kepada pesawah Mac ini, tetapi kita akan lihat untuk buat bayaran ‘backdated’ (undur tarikh) bagi musim penuaian kali ini bermula Januari lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Agrobazaar Rakyat 1Malaysia Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar di perkarangan Wisma PPK Sungai Besar di sini, Khamis.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 mengumumkan bahawa kerajaan memperuntuk tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi bagi terus membela nasib para pesawah serta meningkatkan pengeluaran padi.

    Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata petani kini menerima manfaat hasil daripada penyeragaman harga jualan padi yang lebih baik pada kadar RM1,200 per tan metrik selain menikmati subsidi harga padi RM300 bagi setiap metrik tan berbanding RM248 sebelum ini.

    Mengenai Agrobazaar Rakyat 1Malaysia PPK Sungai Besar yang beroperasi Oktober tahun lepas, Ahmad Shabery berkata inisiatif kerajaan itu memberi peluang kepada Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) meningkatkan pendapatan dengan menjual pelbagai produk agromakanan pada harga berpatutan.

    Premis berkonsepkan pasar mini itu diwujudkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjual pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan iaitu inisiatif kerajaan seperti yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

    Agrobazaar Rakyat 1Malaysia merupakan platform pertumbuhan antara pengeluar dan pengguna yang mana pemasaran hasil keluaran petani, nelayan serta penternak dibuat tanpa menggunakan orang tengah.


    Terdahulu di sebelah pagi Ahmad Shabery melawat ke jeti pemunggahan ikan milik persatuan nelayan hai san sg besar untuk majlis dialog bersama nelayan disini.

    Dalam ucapannya beliau menyeru kepada nelayan-nelayan untuk menyokong kerajaan sebagai tanda terima kasih kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif bagi membantu kos sara hidup dari rm250 sebulan ketika mula diberikan kini telah ditambah rm100 lagi menjadikannya rm350 sebulan. 


    Tujuan insentif ini adalah bagi membantu nelayan agar tidak menghadapi masalah tiada pendapatan ketika musim tengkujuh yang panjang terutamanya bagi nelayan-nelayan di pantai timur. 

    Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Seri Noh Omar mantan menteri pertanian yg telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu beliau dalam isu yang melibatkan peladang, penternak dan nelayan di negara ini.

    Mengakhiri lawatan kerja ke Parlimen Sungai Besar, YB Menteri Pertanian telah melawat ladang ternakan ayam milik bumiputera yang diusahakan oleh seorang usahawan tempatan Dato Hj ishak Mat Arif.





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawah Dapat Insentif Tambahan - Ahmad Shabery Cheek Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top