• Entri Terkini

    Tuesday, February 23, 2016

    PM Lancar Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025


    KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan semakan semula Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan yang bertindak sebagai panduan terhadap pengurusan biodiversiti untuk 10 tahun akan datang.

    Perdana Menteri berkata, dasar 2016-2025 itu menekankan kepentingan kelangsungan konservasi, penggunaan sumber yang konsisten serta perkongsian faedah kepelbagaian bio.

    “Ia mempunyai matlamat dan tindakan yang sangat jelas oleh semua pemegang kepentingan untuk meneruskan kelangsungan pemuliharaan, penggunaan berterusan dan perkongsian faedah secara saksama.

    “Semakan itu nanti akan melengkapkan Malaysia di bawah Konvensyen Kepelbagaian Bio Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi melaksanakan matlamat pembangunan lestari,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan antarabangsa Badan Penasihat Mengenai Kepelbagaian Bio dan Perkhidmatan Ekosistem (IPBES) di sini.

    Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Penasihat Sains kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pengasas IPBES, Prof Tan Sri Zakri Abdul Hamid.

    Perdana Menteri turut berkata, Malaysia sentiasa berusaha mengimbangi antara kemajuan sosioekonomi dan kehidupan alam sekitar terutamanya pemuliharaan kepelbagaian bio dan khidmat ekosistem. “Masih terdapat ruang penambahbaikan.

    Sains boleh memberikan jawapan terhadap masalah berkaitan kemajuan mapan.

    “Bagi tujuan itu kita perlu mencungkil kepakaran ahli sains untuk memberikan pilihan bagi membolehkan kumpulan pemimpin merumus polisi lebih baik,” katanya. – BHarian
    Newer Post
    Terdahulu
    Ini merupakan entri terakhir
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM Lancar Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 Rating: 5 Reviewed By: Izham Amir
    Scroll to Top