• Entri Terkini

    Thursday, February 25, 2016

    Vape: Jangan Letak Otak Di Lutut Bahayakan Kesihatan Orang Lain - Sultan Johor

    Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegur Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Mohd Ridzuan Abdullah yang mempertikaikan keputusan baginda mengharamkan penjualan vape di Johor.

    “Kepada pihak yang ingin mencabar keputusan saya iaitu Presiden IKHLAS yang katanya mengumpul satu juta nama dan tanda tangan, mana dia nama yang sudah dikumpul?

    “Satu nama pun saya tak nampak lagi. Ingatlah, jangan letak otak di lutut sampai sanggup membahayakan kesihatan orang lain hanya untuk mengaut keuntungan wang ringgit.

    “Sebelum keputusan itu dibuat, saya sudah mendengar pandangan pakar yang berkaitan dan ternyata penggunaan vape lebih banyak mudarat kepada manusia antaranya,” titahnya di Majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Johor Ke-60 di Dataran Tanjung Emas malam tadi.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Vape: Jangan Letak Otak Di Lutut Bahayakan Kesihatan Orang Lain - Sultan Johor Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top