• Entri Terkini

    Thursday, March 24, 2016

    3,937 Kanak-Kanak Dilapor Hilang 2014-Januari 2016

    hiasan - kes anak orang asli hilang
    Seramai 3,937 kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dilaporkan hilang sejak 2014 sehingga Januari lalu. 

    Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat, berkata daripada jumlah itu 3,522 orang berjaya ditemui semula. Beliau berkata, pada 2014 seramai 2,015 kanak-kanak dilaporkan hilang dan kes berkenaan menurun kepada 1,782 pada tahun lalu, selain 140 kes dicatatkan pada Januari lalu

    Kanak-kanak berusia antara 13 hingga 15 tahun adalah kelompok tertinggi dilaporkan hilang iaitu seramai 2,159 orang, diikuti 1,643 (16 hingga 18 tahun), 111 (7-12 tahun), manakala 24 orang berusia enam tahun. 


    "Dalam tempoh itu juga, kanak-kanak Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dilaporkan hilang iaitu 2,691 orang, Cina (241), India (409) dan lain-lain (596)," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Beliau menjawab soalan Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) mengenai kes kehilangan kanak-kanak.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3,937 Kanak-Kanak Dilapor Hilang 2014-Januari 2016 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top