• Entri Terkini

    Wednesday, March 23, 2016

    663,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN

    Seramai 662,983 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan RM5.4 bilion sehingga 31 Disember lalu, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

    KPT dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini memberitahu bahawa RM2.79 bilion pula adalah baki tertunggak kerana peminjam membuat bayaran balik lebih rendah daripada ansuran ditetapkan PTPTN.

    "Bagi tempoh itu juga, seramai 1.88 juta peminjam perlu membayar balik pinjaman PTPTN melibatkan jumlah RM15.33 bilion.

    "Daripada jumlah itu, seramai 1.22 juta atau 64.72 peratus peminjam mula membayar balik dengan amaun kutipan sebanyak RM7.14 bilion," kata kementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) mengenai jumlah hutang tertunggak PTPTN sehingga Disember lepas.

    Ahmad Fauzi juga ingin tahu inisiatif yang dirangka kementerian itu bagi menggalakkan peminjam menjelaskan pinjaman pendidikan mereka. Menurut KPT, antara strategi yang dilaksanakan adalah taklimat di institusi kerajaan dan swasta secara berkala serta pemberian diskaun sebanyak 20 peratus bagi penyelesaian hutang secara sekali gus bagi tempoh 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013 dan 10 Okt 2014 hingga 31 Mac 2015.

    "Selain itu, KPT juga membenarkan penstrukturan semula hutang sehingga maksimum umur tidak melebihi 60 tahun, menyenarai hitam peminjam yang gagal membuat bayaran balik dengan Jabatan Imigresen dan melaksanakan tindakan undang-undang," kata KPT.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 663,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top