• Entri Terkini

    Monday, March 14, 2016

    Ahli Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar Muncul Sebagai Top Performer Sales Achievement 2015

    Kejayaan anak muda Ashyraf Bin Basri yang muncul sebagai Top Performer Sales Achievement 2015 membanggakan warga Bank Islam Cawangan Sungai Besar dan ia turut dikongsi bersama oleh rakan-rakan di Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar.

    Pengurus Cawangan Bank Islam Sungai Besar Encik Aminuddin Zainal Khatib ketika ditemui melahirkan rasa bangga atas kejayaan anak buahnya yang telah meletakkan nama Bank Islam Cawangan Sungai Besar sebagai Top Performer Sales Achievement 2015 House Financing dan Personal Financing No 1 di Malaysia. Kejayaan dan dedikasi ini turut mendapat penghargaan dari Bank Islam Malaysia yang turut berbangga kerana menjadikan Bank Islam perbankan Islam yang terbaik dan berharap kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun 2016 ini.

    Asyhraf Bin Basri ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dan terimakasih kepada Pengurusnya, Rakan-Rakan Warga Kerja di Bank Islam Cawangan Sungai Besar, Rakan-Rakan di Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar yang kebanyakkan juga menjadi pelanggan di Bank Islam Cawangan Sungai Besar yang telah memberi dorongan dan semangat untuknya bekerja dengan dedikasi.

    YB Dato'Hajjah Noriah Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Penaung Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar serta Tuan Cr.Muslimin Bin Yahaya Presiden Kelab turut mengucapkan tahniah kepada Saudara Ashyraf dan beliau berharap kejayaan anak muda ini dapat menjadi insipirasi kepada ahli-ahli Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar yang masih berada di IPT untuk keluar menjadi insan yang cemerlang dan melakar kejayaan yang lebih hebat lagi.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ahli Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar Muncul Sebagai Top Performer Sales Achievement 2015 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top