• Entri Terkini

    Tuesday, March 08, 2016

    Ahli Parlimen Seru Mahathir Hentikan Politik Sempit

    Seorang anggota parlimen BN hari ini meminta Mahathir supaya berhenti mengamalkan politik sempit.

    Ahmad Lai Bujang (BN-Sibuti) yang mengakui menyayangi negarawan itu berkata, Mahathir perlu berhenti lakukan apa yang dilakukannya kini serta mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
    “Sebagai wakil rakyat Sibuti saya terlalu sedih (kerana) hari ini orang yang saya sayang, cinta, yang saya agung-agungkan, Tun Mahathir… Saya mohon supaya seperti ucapan Agong, sudah-sudahlah, cukuplah. Kita sama-sama rakyat Malaysia aman damai harmoni.

    “Mengapa saya kata begitu, kerana Tun Mahathir pernah melawat kawasan saya, memberi ilham supaya kita bersatu. Dulu negeri Sarawak diganggu-gugat oleh komunis. Sekarang dalam keadaan aman damai sentosa, jangan perkara ini dibawa pergi ke Sarawak yang aman harmoni.

    “Saya mohon hentilah, cukuplah perkara ini,” kata Ahmad.
    Beliau berkata demikian dalam ucapan yang membawa usul ucapan syukur dan menjunjung kasih titah agong semasa membuka penggal keempat Parlimen semalam.

    Baginda semalam bertitah fitnah dan tindakan untuk menjatuhkan antara satu sama lain perlu dielakkan.

    Seri paduka juga meminta semua anggota parlimen berhenti berpolitik untuk kepentingan sempit yang berlarutan sejak sekian lama dan melelahkan rakyat dan kerajaan.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ahli Parlimen Seru Mahathir Hentikan Politik Sempit Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top