• Entri Terkini

    Tuesday, March 01, 2016

    Bagi Mahathir, Keluar UMNO 'Keluar-Masuk' UMNO Perkara Biasa

    Untuk kali kedua sepanjang karier beliau sebagai Ahli UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO sebagai tanda protes beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Beliau berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana UMNO bukan lagi UMNO yang beliau tubuhkan pada tahun 1988 tetapi hanya menjadi parti untuk mempertahankan Datuk Seri Mohd Najib sebagai Presidennya.

    “Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Wisma Yayasan Perdana, Putrajaya hari ini.

    Untuk rekod, Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Namun, pada tahun 2009, Tun M menyertai semula Umno selepas Tun Abdullah berundur.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bagi Mahathir, Keluar UMNO 'Keluar-Masuk' UMNO Perkara Biasa Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top