• Entri Terkini

    Thursday, March 17, 2016

    "Banana Republic": Khalid Ibrahim Bidas Lim Kit Siang

    Tuduhan pembangkang kononnya Malaysia sebuah negara gagal serta menuju ke arah banana republic cukup tidak bertanggungjawab dan bertujuan merosakkan reputasi negara di mata dunia.

    Tampil menyelar sikap pembangkang itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak)berkata, tuduhan sedemikian hanya merugikan Malaysia dan hanya bermotif politik sempit tanpa berpijak pada fakta.

    Tegasnya, jika Malaysia menuju banana republic, pasti senario ekonominya sama seperti Jerman dan Jepun ketika kedua-dua negara tersebut kalah perang dunia kedua tetapi perkara itu tidak berlaku di Malaysia.

    Hal sama juga jelasnya dalam istilah negara gagal, di mana Malaysia tidak mempunyai sebarang kriteria-kriteria yang melayakkan negara ini dilabelkan sedemikian, kerana struktur ekonomi Malaysia cukup kukuh.

    “Sebuah negara yang gagal, negara tersebut tidak memiliki keupayaan untuk mengawal negeri, tidak memiliki keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan awam dan tidak memiliki keupayaan untuk menjayakan perjanjian antarabangsa.

    “Tapi ketiga-tiga unsur tersebut tidak terlihat dalam keada­an sekarang. Saya nyatakan ini supaya menjadi contoh kepada mereka yang ingin menggunakan istilah ini pada masa hadapan.

    “Sekiranya ada benda yang tidak betul, kita cari jalan untuk buat pembetulan dan bukannya guna istilah ini,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
    Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berulang kali menuduh Malaysia menuju banana republic serta sebuah negara yang gagal dan tuduhan tersebut kini menjadi modal bagi pembangkang memburukkan kerajaan.

    Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata, budaya politik tidak bertanggungjawab yang menjadi modal pembangkang perlu dihentikan segera kerana kesannya te­lah dapat dilihat dalam kes pendeposit Lembaga Tabung Haji.

    Menurut beliau, akibat termakan dengan hasutan pembangkang ramai pendeposit bertindak mengeluarkan tabungan dan kini mula menyesal kerana kehilangan kelebihan tahun menunggu untuk mereka menunaikan ibadat haji.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Banana Republic": Khalid Ibrahim Bidas Lim Kit Siang Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top