• Entri Terkini

    Saturday, March 26, 2016

    Berbeza Idealogi Bukan Bermakna Kita Ketepikan Hak Rakyat - YB Dato' Hajjah Noriah Kasnon

    Sungai Besar 26/3/2016
    "Kita boleh berbeza pendapat dan ideologi politik namun untuk pembangunan dan kebajikan rakyat haruslah dijadikan keutamaan agar rakyat dapat menikmati keselesaan dan sebagai pemimpin yang diberikan amanah untuk mengalas tanggungjawab memerintah mestilah mengutamakan perkara ini dan bukan sekadar menjadi slogan dan omongan kosong atau janji-janji manis ketika mahu meraih undi dan sokongan" YB Dato'Noriah Kasnon Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi Malaysia yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar berkata ketika beliau merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Rendah Agama Harmoni di Sekincan pagi tadi.
    YB Dato' Noriah Kasnon juga melahirkan rasa terimakasih beliau kepada pihak pentadbiran sekolah dan PIBG kerana sudi menjemput beliau untuk hadir majlis ini walaupun SRA Harmoni adalah sebuah Sekolah Agama dibawah kuasa Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh PKR & DAP.

    Dalam ucapan perasmian itu YB Dato' Noriah juga telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM20,000 kepada pihak sekolah bagi pembangunan fizikal untuk keperluan pembelajaran dan bagi kerja-kerja membina 2 buah tandas baru. SRA ini hanya mempunyai 2 buah tandas yang telah uzur bagi menampung keperluan 350 orang pelajar yang belajar disini.

    Beliau juga menyeru kepada Ibubapa yang hadir agar sentiasa memantau disiplin dan prestasi anak-anak agar mereka sentiasa mendapat perhatian dan tidak terlibat serta terpengaruh dengan gejala-gejala yang kurang sihat yang akan merosakkan masa depan mereka nanti.








    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berbeza Idealogi Bukan Bermakna Kita Ketepikan Hak Rakyat - YB Dato' Hajjah Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top