• Entri Terkini

    Tuesday, March 01, 2016

    BR1M: YB Noriah Gesa Kerajaan Pusat Benarkan Pemimpin Sampaikan Terus Kepada Rakyat

    Parlimen Sg. Besar, 29 Feb 2016: Bertempat di Dewan Dato Sumadi Parit 8 Sekinchan Selangor, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang juga merupakan Ahli Parlimen Sg. Besar YB Dato Hjh Noriah Kasnon mengadakan program penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas untuk golongan yang tiada akaun bank.

    Seramai 170 orang penerima yang rata-ratanya adalah warga emas hadir di program ini yang juga mendapat kerjasama pihak agensi perlaksana kerajaan, BSN Shah Alam, Lembaga Hasil Dalam Negeri Selangor, Skuad Sayang dari Pusat Khidmat Parlimen Sg. Besar, JKKP dan juga Ketua-ketua cawangan UMNO.

    Dalam ucapannya, YB Dato Hjh Noriah menyeru penerima-penerima BR1M agar jangan mudah terpedaya dengan dakyah dan tohmahan pihak pembangkang kononnya Kerajaan Barisan Nasional tidak perihatin terhadap permasalahan di segenap lapisan rakyat samada golongan pertengahan maupun golongan rakyat miskin atau berpendapatan rendah.

    Beliau juga turut mengingatkan kepada penerima BR1M supaya mendapat maklumat yang tepat dari sumber yang boleh dipercayai. Beliau tegaskan betapa perlunya di zaman digital, rakyat jangan mudah terpengaruh dan perlu dapatkan kesahihan ke atas sesuatu berita yang hangat tersebar terutama di laman internet.

    Pihak anti kerajaan akan sedaya upaya cuba berbohong dan menyebarkan fitnah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dan keadaan ini amat dikesali beliau yang inginkan agar rakyat jangan mudah terpedaya dengan helah kumpulan yang mempunyai agenda jahat sebegini.

    Yb Dato Hjh Noriah mengambil kesempatan mengingatkan betapa perlunya penerima BR1M sentiasa mengemaskini butiran maklumat peribadi seperti yang dimaklumkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini akan memudahkan saluran bantuan BR1M terus masuk ke akaun bank masing-masing.

    Namun dalam pada itu
    Dato Hjh Noriah juga mencadangkan agar pemberian BR1M secara terus kepada rakyat ini dapat diteruskan terutamanya kepada warga emas dan golongan kurang upaya yang menyukarkan mereka untuk pergi ke bank semata-mata hendak mengeluarkan wang BR1M.

    Malah menurut YB
    Dato Hjh Noriah lagi program pembayaran secara tunai ini juga memberi peluang kepada rakyat dan pemimpin untuk bersama berguyupan mengeratkan tali silaturrahim dan lebih penting lagi ia dapat menyampaikan info-info kerajaan dan menerangkan isu semasa kepada rakyat.

    Beliau memohon agar Kerajaan BN meneliti cadangan ini kerana impak penyampaian BR1M di awal pengenalan bantuan ini begitu nampak hasil kejayaan hubungan antara rakyat dan pemimpin.

    YB Dato Hjh Noriah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis penyampaian ini.









    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BR1M: YB Noriah Gesa Kerajaan Pusat Benarkan Pemimpin Sampaikan Terus Kepada Rakyat Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top