• Entri Terkini

    Friday, March 18, 2016

    Cukai Berdiskriminasi: MPOC Kecam Undian Dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis

    Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengecam undian dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis untuk mengenakan cukai berdiskriminasi ke atas minyak sawit yang dikeluarkan oleh negara-negara membangun.

    Ketua Pegawai Eksekutif MPOC Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron berkata undian itu bertentangan dengan semua bukti, menyokong fahaman perlindungan yang mendiskriminasikan minyak sawit dari negara-negara membangun.

    "Cadangan cukai 'berbeza' itu merupakan pencabulan jelas Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kesatuan Eropah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Cukai itu diluluskan menerusi undian anggota parlimen di Perhimpunan Kebangsaan, sebagai sebahagian daripada Rang Undang-Undang Biodiversiti, selepas anggota parlimen Sosialis mencadangkan cukai baharu EUR90 bagi setan metrik minyak sawit.

    Ini susulan percubaan pada Januari oleh Senat Perancis untuk mengenakan cukai EUR300 ke atas minyak sawit.

    Yusof berkata cukai EUR90 itu adalah suatu yang diskriminasi dan tidak adil kerana hujah ekonomi dan alam sekitar yang dikemukakan oleh anggota parlimen tersebut jelas telah dibuktikan palsu.

    "MPOC menggesa Presiden Perancis Francois Hollande dan Menteri Luarnya Jean-Marc Ayrault menghentikan cukai ini.

    "M. Ayrault berjanji pada Malaysia pada 2013 bahawa beliau tidak akan
    mengenakan cukai bagi minyak sawit, beliau berjanji kepada 300,000 penanam sawit kecil di Malaysia yang Perancis tidak akan menjejaskan mereka dengan cukaibaharu.

    "Kami mengharapkan janji ini ditepati," katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cukai Berdiskriminasi: MPOC Kecam Undian Dalam Perhimpunan Kebangsaan Perancis Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top