• Entri Terkini

    Thursday, March 31, 2016

    GST: RM89.2j Bayaran Balik Khas Dibayar Sehingga 9 Mac 2016

    Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang memohon untuk bayaran balik khas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 9 Mac ini.

    Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang diedarkan di persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata daripada 1,303 yang diproses untuk bayaran balik khas tersebut, 235 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi kriteria ditetapkan di bawah Seksyen 190 dan 191 Akta GST 2014.

    Bayaran balik khas GST kepada perniagaan yang berdaftar di bawah GST adalah bagi mengelakkan percukaian berganda dalam kutipan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan GST.

    Malaysia mula melaksanakan GST pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus, menggantikan SST yang kadar keseluruhannya sebanyak 16 peratus. 




    BERNAMA
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GST: RM89.2j Bayaran Balik Khas Dibayar Sehingga 9 Mac 2016 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top