• Entri Terkini

    Tuesday, March 15, 2016

    Haruskah Kita Minta Sebuah Organisasi Asing Urus PRU Negara Kita?

    Post terbaru dalam blog Tun Dr Mahathir Muhamad, ‘Populariti dan Pemecatan’, dilihat seakan-akan lari dari matlamatnya. Dr Mahathir tidak lagi mengikut plot malah, komentar beliau juga sudah kurang koherennya.  

    Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melalui blognya menyatakan Dr Mahathir sudah menjadikan ia sebagai pertandingan populariti antara dirinya dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Adakah semua ini adalah satu pertandingan populariti semata-mata?

    Malaysia tidak mengamalkan sistem Referendum, lebih-lebih lagi yang dijalankan oleh sebuah syarikat tinjauan pendapat antarabangsa. Tidak ada negara yang melakukan perkara ini, malah UK dan Amerika Syarikat juga tidak melakukannya.

    Adakah kita harus meminta sebuah syarikat tinjauan asing mengambil alih tanggungjawab SPR untuk menguruskan pilihan raya umum Malaysia pada tahun 2018?

    Walaupun kita ada mengamalkan sistem Referendum di negara ini, SPR adalah badan yang layan untuk menjalankan tugas tersebut dan bukannya sebuah syarikat tinjauan asing. Jika tidak, ia dianggap melanggar undang-undang.

    Perlukan Parlimen diminta untuk meluluskan undang-undang baru bagi membolehkan sistem Referendum diguna pakai di dalam perlembagaan? Bagaimana jika Sabah dan Sarawak, atau mungkin Pulau Pinang bertindak untuk mengambil kesempatan ke atas undang-undang baru ini dan keluar dari Malaysia? Dan bagaimana jika undi majoriti bertindak untuk keluar dari Malaysia? Adakah ia akan dipersetujui dalam undang-undang.

    Kerajaan tidak dibentuk dan Perdana Menteri tidak dipilih melalui undi popular. Ia berdasarkan kerusi majoriti di Parlimen. Setiap ahli politik jelas mengenainya. Jadi, ia mengejutkan apabila Dr Mahathir masih berfikiran bahawa undi popular akan menentukan siapakah layak untuk membentuk sebuah kerajaan.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Haruskah Kita Minta Sebuah Organisasi Asing Urus PRU Negara Kita? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top