• Entri Terkini

    Friday, March 04, 2016

    Isteri Bilal Masjid Batu 12 Maut Dalam Kebakaran

    Arwah bersama suami
    Isteri Bilal Masjid Batu 12 Sungai Burung terperangkap dalam kejadian kebakaran dirumahnya tengahari tadi.

    Mangsa yang ditemui dalam keadaan 80% rentung sebaik sahaja api dapat dipadamkan oleh pasukan bomba dari balai bomba Tanjung Karang. Punca kejadian kebakaran masih disiasat oleh pihak Bomba.

    Rumah mangsa yang berhadapan dengan Masjid Batu 12 Sungai Burung Tanjung Karang adalah merupakan jiran sekampung kepada YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan,Perladangan & Komoditi Malaysia.

    Sekalung Al-Fatihah semoga allahyarhamah di tempatkan di sisi orang-orang yang beriman, amiinn.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Isteri Bilal Masjid Batu 12 Maut Dalam Kebakaran Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top