• Entri Terkini

    Monday, March 21, 2016

    "Jika diukur dengan pembaris kasih tidak berpenghujung panjangnya.." - Muslimin Yahaya

    "jika diukur dengan pembaris kasih tidak berpenghujung panjangnya, jika diukur dengan pembaris budi tidak bertepian luasnya"
    Ungkapan Tuan Muslimin Bin Yahaya membawa mesej kasih sayang kepada anak2 yatim sewaktu berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM MISKIN DAERAH SABAK BERNAM di Kompleks Asrama Anak-Anak Yatim Jalan Parit 1 Sungai Besar semalam (20/3/2016).

    Beliau yang mewakili YB Dato' Hajjah Noriah Binti Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar bagi merasmikan majlis tersebut berkata bagi pihak YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon beliau menyampaikan salam penuh kasih sayang kepada Pengerusi & Ahli Jawatan Kuasa serta pihak pengurusannya yang sentiasa komited dan amat berdedikasi dalam melaksanakan tanggung jawab serta amanah untuk melindungi dan menjaga anak-anak yatim yang berada dibawah jagaan asrama ini dengan penuh kasih sayang dan penuh tanggungjawab yang bukan semua orang mampu menggalas amanah ini.

    Tuan Muslimin Bin Yahaya yang juga Setiausaha Sulit Kanan Kepada YB Dato' Hajjah Noriah Kasnon turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Sabak Bernam Dato'Hj Baharin Bin Mat Akhir yang merupakan pengasas pertubuhan ini sejak mula ia ditubuhkan pada tahun 1985 dan amat besar jasa dan budi Ybhg Dato'Hj Baharin bagi merealitikan kewujudan pertubuhan ini yang telah mencurahkan segala sumbang bakti tenaga masa dan hartanya demi kelangsungan untuk melindungi,mendidik dan memberi kasih sayang kepada anak-anak yatim yang kehilangan ayah dan ibu malah ada yang kehilangan seluruh ahli keluarganya.

    Beliau turut menyebut beberapa hadis sebagai renungan untuk dijadikan iktibar kepada dirinya serta kekuatan kepada masyarakat agar sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan anak-anak yatim dan miskin agar mereka tidak terasa kehilangan kasih sayang dan jauh terpinggir dari masyarakat dan sesungguhnya memelihara anak2 yatim dengan penuh kasih sayang ini ganjarannya sangat besar disisi ALLAH SWT sebagaimana hadis berikut:-

    1) Imam At- Tarmizi meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
    “Sesiapa yang memelihara anak yatim diantara kaum mislimin, untuk memberi makan dan minum, maka pastinya Allah SWT akan memasukkannya kedalam syurga kecuali jika dia telah berbuat dosa yang tidak dapat diampunkan”.

    2) Ibn Majah meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    “Sebaik baik rumah kaum muslimin, ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk buruk rumah kaum muslimin merupakan rumah yang ada anak yatim yang selalu di ganggu dan disakiti hatinya.

    3) Imam Ahmad meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
    “Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim benar benar kerana rasa sayang dan kerana Allah, maka Allah akan memberinya pada tiap rambut yang diusap oleh tangannya beberapa kebaikan.

    Terdahulu dalam ucapan alu-aluan YBHG Dato' Hj Baharin melahirkan rasa syukur dan kepada Allah SWT yang masih memberikannya kekuatan untuk terus menerajui pertubuhan ini dan merakamkan ucapan penghargaan kepada YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon yang saban tahun pasti akan memberi sumbangan kepada pertubuhan ini bagi menjalankan aktiviti2 nya.




     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Jika diukur dengan pembaris kasih tidak berpenghujung panjangnya.." - Muslimin Yahaya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top