• Entri Terkini

    Friday, March 11, 2016

    Kabinet Buat Keputusan Tamatkan Khidmat Mahathir Di Petronas

    PEJABAT PERDANA MENTERI
    KENYATAAN MEDIA

    Kabinet hari ini telah membincangkan tindakan-tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya dalam melancarkan “Deklarasi Rakyat” bersama pemimpin pembangkang pada minggu lepas.

    Deklarasi tersebut bertujuan menjatuhkan Kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.

    Kabinet berpendapat oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi mendokong Kerajaan yang sedia ada, sewajarnya beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan yang ada kaitan dengan Kerajaan Malaysia.

    ‎Dengan itu, Kabinet hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk menamatkan perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas.

    Pejabat Perdana Menteri
    Putrajaya
    11 Mac 2016
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kabinet Buat Keputusan Tamatkan Khidmat Mahathir Di Petronas Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top