• Entri Terkini

    Thursday, March 24, 2016

    'Kembara Akhirat' Ke Sarawak, Doa Dari Yb Datuk Hajjah Noriah Kasnon

    Selepas menyempurnakan kembara berjalan kaki selama lapan bulan untuk membersihkan 140 masjid di seluruh Semenanjung tahun lalu, dua beradik kini meneruskan ‘misi akhirat’ itu ke Sarawak dan Sabah.

    Bagi merealisasikan hasrat mencuci masjid di seluruh negara, Annas Aiman Jaffry, 27, bersama adiknya, Muhammad Aidil, 24, memulakan ‘Kembara Sahabat Borneo’ itu sejak Jumaat lalu yang dijangka mencabar kerana lokasinya lebih luas dan terpencil.

    Dua anak muda kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu menyasarkan mencuci 55 masjid dalam tempoh lima bulan membabitkan beberapa daerah yang dikenal pasti mereka termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

    Annas berkata, kembara kali ini diakui lebih mencabar kerana mereka tidak saja kali pertama menjejakkan kaki di Sarawak, malah perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya masyarakat setempat.

    “Alhamdulillah, kehadiran kami di dua masjid di Kuching iaitu Masjid India dan Masjid Bandaraya diterima baik, sekali gus menguatkan lagi semangat untuk melaksanakan misi ke masjid lain.

    “Misi ini turut dilaksanakan di Sri Aman, Bintulu, Sibu dan Miri. Jika tiada aral melintang, ia akan diteruskan ke Sabah membabitkan Kota Kinabalu, Kudat, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu,” katanya kepada Harian Metro.

    Sebelum ini, pasangan adik beradik itu dan rakan karib mereka, Muhammad Hizammudin Alidin, 25, berjalan sejauh 2,353 kilometer untuk menyempurnakan misi di Semenanjung, namun Hizammudin kali ini tidak dapat menyertai mereka atas faktor tertentu.

    Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, selain berjalan di kawasan bandar atau pekan kecil, mereka perlu menggunakan kenderaan awam untuk pergi ke daerah terpencil.

    Kata Annas, objektif kembara itu masih kekal iaitu berbakti kepada masjid dan mengeratkan ikatan persaudaraan sesama Muslim dengan masyarakat di kedua-dua negeri berkenaan.

    “Selain sokongan penuh keluarga tercinta, motivasi kami untuk meneruskannya kerana faktor penerimaan memberangsangkan oleh masyarakat, pemimpin setempat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

    “Kami bersyukur kerana mendapat tajaan daripada Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan syarikat Cinqasa Sdn Bhd atau CQ Group Of Companies,” katanya.

    Menurutnya, mereka mengembara bukan mahu mencipta rekod atau mengejar nama, namun kerana berniat mengumpul saham akhirat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar.


    Dari facebook Yb Datuk Hajjah Noriah Kasnon:

    Semoga misi kedua anak muda dari Sg Besar ini dalam Kembara Sahabat Borneo akan BERJAYA.

    Setelah mereka berjaya dalam misi kembara berjalan kaki selama 8 bulan sambil mencuci 140 buah masjid di Semenanjung Msia pd tahun 2015.

    Syabas adik Annas Aiman Jaffry 27 tahun dan adiknya Muhammad Aidil Jaffry 24 tahun.
     

    KITA IRINGI DOA
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Kembara Akhirat' Ke Sarawak, Doa Dari Yb Datuk Hajjah Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top