• Entri Terkini

    Monday, March 28, 2016

    Kongres Rakyat Kempen Jijik - Azwan Bro

    Kongres Rakyat yang disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin UMNO serta pembangkang semalam dianggap kempen jijik dan hanya bersifat sementara.

    Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata Kongres Rakyat itu juga tidak membawa sebarang kebaikan kepada rakyat.

    “Modus operandi mereka untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah bertentangan dengan sistem demokrasi berparlimen yang menjadi pegangan kita selama ini.

    “Tindakan sebegini akan hanya membawa Malaysia ke lembah anarki dan dipandang hina oleh komuniti antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya lagi, pemimpin yang hadir dalam kongres itu memaparkan sifat yang jelik kerana hanya menggunakan emosi dan dendam peribadi Dr Mahathir untuk menyemarakkan kebencian terhadap Najib.

    Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO akan terus menyokong penuh dan mempertahankan kepimpinan Najib yang telah mendapat rakyat melalui proses pilihan raya demokrasi berparlimen.

    “Sebarang agenda peribadi pemimpin yang kecewa tidak harus menjadi penghalang kepada keamanan dan kemajuan negara dan bangsa,” katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kongres Rakyat Kempen Jijik - Azwan Bro Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top