• Entri Terkini

    Saturday, March 12, 2016

    Ku Li Yakin Dengan Najib

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai cadangan serta strategi bagi menyelesaikan segala kemelut serta spekulasi yang dibangkitkan pelbagai pihak.

    Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau yakin segala isu dapat ditangani oleh Najib selepas mereka bersemuka dua hari lalu bagi membincangkan masalah tersebut.

    Katanya, Najib harus menjawab segala persoalan yang dibangkitkan untuk meredakan suasana dalam negara ketika ini.
    “Saya beritahu dekat dia (Najib), kita kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat… Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara.

    “Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Star di sini hari ini.
    Menurut Tengku Razaleigh, Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara.

    “Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka.

    “Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini.

    “Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini,” katanya.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ku Li Yakin Dengan Najib Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top