• Entri Terkini

    Monday, March 07, 2016

    Lupakan Pemecatan Anwar, Ikut Mahathir - Azmin Ali

    PETALING JAYA: Semua pihak yang terbabit dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri perlu meninggalkan episod yang pernah dilalui pada 1998.

    Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila menyatakan beliau tidak melupakan apa yang berlaku pada tahun tersebut.

    “Saya bukan orang UMNO. Saya cuma bekerja dengan pemimpin kanan UMNO selama 13 tahun.

    “Sudah tentu saya mempunyai hubungan peribadi dan rapat dengan Dr Mahathir. Namun, ini bukan mengenai saya atau Dr Mahathir tetapi ini adalah untuk menyelamatkan negara ini,” katanya yang dipetik dari Berita Harian Online.

    Dalam pada itu Azmin menafikan, kerjasamanya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ini adalah bersifat peribadi.

    Walaupun mengakui mereka pernah mempunyai hubungan rapat untuk beberapa tahun sebelum ini namun, langkah kerjasama yang dilakukan itu adalah untuk menyelamatkan negara.

    Azmin berkata demikian mengulas mengenai kritikan terhadap Dr Mahathir yang bersekongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lupakan Pemecatan Anwar, Ikut Mahathir - Azmin Ali Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top