• Entri Terkini

    Sunday, March 20, 2016

    Mini Muzium Sg Besar Menjadi Destinasi Baru Yang Menarik Di Sg Besar - YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon

    Minat yang mendalam Wak Surgi untuk menubuhkan sebuah mini muzium akhirnya tercapai. Bermula dari hobi mengumpul barangan antik dan mempunyai nilai sejarah, hari ini beliau berjaya membuka mini muziumnya di Sungai Besar Selangor.

    YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon dalam ucapan perasmiannya hari ini (20/3/2016) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Wak Surgi dan keluarganya serta penduduk-penduduk di Taman Setia Jaya Sg Besar yang turut menyokong dan berkongsi minat dengan Wak Surgi bagi merealisasikan impian beliau untuk menjadikan Mini Muzium Wak Surgi ini sebagai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di Daerah ini.

    Beliau juga berharap usaha-usaha Wak Surgi ini dapat terus diwarisi kerana bukan mudah untuk mengumpul barang-barang sejarah untuk menjadi tatapan dan kajian sejarah generasi seterusnya.


    Di majlis tersebut YB Dato'Hajjah Noriah juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM30 Ribu kepada Wak Surgi.

    Terdahulu kedatangan Yb Dato Noriah disambut dgn tarian kuda kepang warisan budaya zaman yang kembali dihidupkan di daerah ini.

    Bagaimana Mini Muzium ini bermula:

    MINI MUZIUM WAK SURGI merupakan milik persendirian kepada Encik Surgi bin Gharib yang pernah menetap di kawasan perumahan Taman Setia Jaya, Sungai Besar , Selangor. Mini muzium tersebut adalah terletak di rumah beliau sendiri yang sudah tidak didiami lagi ( kerana beliau telah berpindah ke rumah lain di kawasan perumahan Air Manis, Tebuk Pulai ).

    2. MINAT :

    Encik Surgi adalah seorang pesara kerajaan di Pejabat Daerah Sabak Bernam , berminat mengumpulkan barang-barang lama sejak beliau masih bersekolah lagi dan berterusan hingga beliau bersara. Selepas bersara beliau telah menumpukan sepenuhnya kepada pengurusan mini muzium sedia ada, sebagai mengisi waktu lapang.

    3. KREATIF:

    Selain mengumpulkan barang-barang lama, Encik Surgi adalah seorang yang kreatif. Ini dapat dilihat dengan usaha beliau mewujudkan beberapa replika , seperti peti nyanyi, kapal terbang tentera, helikopter dan lain-lain. Beliau juga kreatif mengumpul gambar-gambar lama yang ditemui untuk dipaparkan / dicetak semula.

    4. MODAL SENDIRI:

    Bagi mewujudkan sebuah mini muzium, Encik Surgi hanya menggunakan wang sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak.

    Kebanyakan barang-barang lama yang terdapat dalam mini muzium tersebut dibeli oleh beliau sendiri daripada pihak lain ; selain terdapat juga barang yang dihadiahkan oleh orang perseorangan atau dipinjamkan oleh mereka yang bersimpati. Kerana itu, bagi mewujudkan sebuah mini muzium yang ada pada hari ini Encik Surgi telah berusaha gigih hampir 10 tahun lamanya !.

    5. BARANG LAMA DALAM SIMPANAN:

    MINI MUZIUM WAK SURGI bukanlah sebuah ’ muzium ’ serba lengkap. Namun , berbagai-bagai barang lama ada tersimpan untuk tatapan generasi muda hari ini.

    Di antaranya ialah : Berbagai jenis kamera, projektor wayang gambar, ratusan keping piring hitam lagu-lagu Melayu , Hindustan dan Arab, berbagai jenis mesin taip, alat-alat perhubungan telefon, serpihan barangan tembikar lama , pakaian tradisional Melayu , alat rakaman suara, barangan elektrik lama, alat senjata tradisional, perkakas kerja pertanian, sampan pengangkutan dan juga buku-buku cerita serta buku teks sekolah zaman ‘ Sekolah Melayu ’ serta berbagai majalah lama dalam bahasa Melayu.


    Gambar-gambar sekitar majlis perasmian:










    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mini Muzium Sg Besar Menjadi Destinasi Baru Yang Menarik Di Sg Besar - YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top