• Entri Terkini

    Saturday, March 12, 2016

    Pemimpin DAP dan PKR Pertikai Islam Adalah Agama Rasmi Persekutuan?

    Kedaulatan Islam di Malaysia terus menjadi bahan pertikaian oleh pemimpin rasis dan cauvinis DAP dan PKR.
    “Semalam, Ahli Parlimen DAP, Chong Chieng Jen mempersoalkan agenda Islamisasi yang dilaksanakan kerajaan sejak merdeka hingga kini.

    “Hari ini seorang lagi Ahli Parlimen PKR, Ignatius Dorell Leiking bangun seolah-olah mempertikaikan kedudukan Islam dan mendakwa kononnya semua pihak perlu hormat hak agama-agama lain,” tulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebooknya hari ini.

    Asyraf kemudian mempersoalkan bila masa di Malaysia hak agama-agama lain tidak dihormati tatkala agenda mendaulatkan Islam terus diperkasa sebagaimana asas yang terbina dalam Perlembagaan.

    “Malah, Malaysialah yang paling menghormati agama-agama lain seperti perayaan agama-agama lain yang menjadi hari cuti kebangsaan di kala negara lain hanya iktiraf cuti satu-satu agama sahaja.

    “Bahkan di Malaysia kita memiliki pusat-pusat ibadah agama-agama lain yang tersergam besar seperti Patung Hindu terbesar Asia di Batu Caves, patung-patung Budha terbesar Asia bahkan dunia di Kelantan dan gereja terbesar di Asia Tenggara di Bukit Jalil,” tulisnya lagi.

    Terdahulu beliau menyatakan sedang mengikuti perbahasan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS di Dewan Rakyat.

    “Beliau (Abdul Hadi) bangun menegaskan kepentingan untuk semua kembali kepada Perlembagaan negara yang meletakkan asas yang penting sejak merdeka iaitu Perkara 3 Islam sebagai agama Persekutuan namun agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas.

    “Apa yang penting kata beliau usaha untuk mendaulatkan Islam sebagaimana Titah Tuanku Agong mesti terus diperkukuhkan,” kata beliau.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pemimpin DAP dan PKR Pertikai Islam Adalah Agama Rasmi Persekutuan? Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top