• Entri Terkini

    Wednesday, March 30, 2016

    Penjelasan Kekeliruan Hukuman Parol Dr Khir Toyo

    Penulis petang tadi meluangkan masa bersama beberapa orang teman menziarahi mantan Menteri Besar Selangor Dr.Khir Toyo di Shah Alam.
    Setelah 6 bulan tidak bersua dengan beliau sebaik sahaja melangkah masuk ke rumahnya disambut dengan pelukan erat dan rasa terharu bila melihat sosok tubuh kecil Dr.Khir yang agak susut selepas menjalani hukuman penjara selama 6 bulan di Penjara Sungai Buloh.

    Berbual mesra tentang masa depan ternyata semangat juang Dr.Khir Toyo tidak luntur.

    Kekeliruan pembebasan beliau dibawah PAROL yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang telah dijawab melalui kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri seperti berikut:-

    "Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri yang bersidang semalam telah menimbang dan meluluskan permohonan parol bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo setelah menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Penjara Kajang, Selangor.

    Di bawah sistem ini, Khir Toyo diparolkan untuk menjalani baki hukuman penjara selama dua bulan di luar penjara sehingga tarikh pembebasan hukuman beliau pada 29 Mei 2016, hanya sekiranya beliau tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan Lembaga Parol".

    Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam kenyataannya hari ini bagi menjelaskan kekeliruan berhubung hukuman parol Khir Toyo yang diluluskan pada 29 Mac 2016.

    Di bawah sistem penjara negara ini, katanya, seseorang banduan layak mendapat remitan iaitu satu pertiga daripada jumlah hukuman sekiranya Jabatan Penjara Malaysia berpuas hati dengan tahap pemulihan banduan semasa menjalani hukuman di penjara.

    Dalam konteks ini, katanya, Khir Toyo yang dijatuhi hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan mula menjalani hukuman penjara pada 29 September 2015 yang sepatutnya berakhir 28 September 2016.

    Beliau mendapat remitan empat bulan oleh Jabatan Penjara Malaysia dan menjalani hukuman penjara selama 8 bulan iaitu sehingga 29 Mei 2016.

    Harapan penulis semoga selepas tamat tempoh hukuman ini Dr.Khir Toyo akan kembali meneruskan sumbang bakti beliau kepada masyarakat melalui kerja-kerja politik dan membantu rakyat sebagaimana yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

    Apa itu sistem 'Parol':




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penjelasan Kekeliruan Hukuman Parol Dr Khir Toyo Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top