• Entri Terkini

    Wednesday, March 09, 2016

    PM Tidak Lakukan Rasuah Dalam Kes Derma Politik - SPRM

    Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas isu ‘derma’ RM2.6 bilion yang dimasukan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak tidak menunjukkan bahawa perdana menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah.

    "Kertas siasatan yang dikemukakan kepada Peguam Negara, menunjukkan hasil siasatan SPRM tidak menunjukkan bahawa Perdana Menteri telah melakukan sebarang perbuatan rasuah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis parlimen semalam.

    "Berdasarkan kepada Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan sama ada sesuatu kes ke mahkamah perlu didakwa di mahkamah atau tidak.”

    Mengenai satu lagi soalan lain oleh Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) sama ada terdapat konflik kepentingan apabila Apandi yang dilantik oleh perdana menteri untuk mengendalikan kes ‘derma’ RM2.6 bilion Najib, Azalina menjawab bahawa kes itu disiasat oleh SPRM dan bukannya Peguam Negara.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PM Tidak Lakukan Rasuah Dalam Kes Derma Politik - SPRM Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top