• Entri Terkini

    Wednesday, March 23, 2016

    SMK Dato’Mustafa Pasir Panjang Sabak Bernam Perintis Usahawan Cendawan Anak-anak OKU

    SMK Dato’Mustafa Pasir Panjang Sabak Bernam menjadi perintis Usahawan Cendawan bagi anak-anak OKU mempunyai kerjaya selepas sekolah.
     

    “Inovasi baru guru guru pendidikan khas membimbing anak anak OKU dalam mencipta ruang sumber kerjaya kerana kita tahu mereka ini selepas alam persekolahan mungkin tiada arah tuju,Projek cendawan secara edible landskap ni mudah diurus dan murah sesuai dengan personaliti anak anak pendidikan khas. 

    Sekolah ini sangat peka dengan mengadun antara pencapaian berasaskan exam ‘based learning’ dengan ‘work based learning’ yang di rasakan sesuai utk anak anak OKU dan anak anak pendidikan khas” intipati ucapan Tuan Muslimin Bin Yahaya ketika merasmikan Kursus Tani Cendawan Kemahiran Kerjaya MBK anjuran PPKL SMK Dato’Mustaffa bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.
     

    Beliau yang mewakili YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar merangkap Timbalan Menteri Perusahaan,Perladangan dan Komoditi Malaysia yang ketika ini sedang menghadiri sidang parlimen di Dewan Rakyat turut berkata langkah proaktif pengetua sekolah ini Tuan Hishamuddin dan guru penyelaras En.Shahid serta mendapat kerjasama dari Nisah AgroFarm yang merupakan usahawan tanaman cendawan didaerah ini dapat dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah yang lain di negara ini dalam membantu membimbing dan membuka ruang dan peluang kepada anak-anak OKU dan pendidikan khas untuk berkerjaya dan menjadi usahawan sebaik sahaja menamatkan zaman persekolahan malah ia boleh dibuat berterusan kerana projek ini mudah untuk dikendalikan dan amat bersesuaian dengan sifat fizikal anak-anak OKU dan pendidikan khas ini.

    Atas komitmen dan iltizam yang ditunjukkan oleh sekolah ini untuk merintis masa depan anak-anak OKU dan pendidikan khas ini YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon menyumbangkan sebanyak RM 5,000.00 bagi pihak sekolah menjalankan aktiviti yang sangat baik ini.





     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SMK Dato’Mustafa Pasir Panjang Sabak Bernam Perintis Usahawan Cendawan Anak-anak OKU Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top