• Entri Terkini

    Sunday, March 13, 2016

    Sokong Perdana Menteri, Kempen Tandatangan Petisyen

    BAHAWASANYA, pada 5hb Mei 2013, BARISAN NASIONAL di bawah pimpinan Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 dengan majoriti kerusi 133 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. SESUNGGUHNYA, pada 6hb Mei 2013, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj Ibni AlMarhum Sultan Badlishah Al-Haj.

    Semenjak daripada itu, Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah menjalankan amanah dan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri serta Kerajaan di bawah pimpinan beliau telah bersungguh-sungguh berkhidmat demi kesejahteraan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.

    Kebelakangan ini, terdapat tindakan, langkah dan gerakan-gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dengan mengaibkan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak. Langkah dan gerakan ini sebenarnya merupakan tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan demokrasi.

    Menyedari hakikat di atas, MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA Berikrar untuk menentang segala bentuk tindakan dan gerakan untuk menjatuhkan Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersetuju agar Kerajaan yang di pilih sedia ada menyambung serta menjalankan tugas-tugas mentadbir Negara sehingga Pilihanraya Umum yang akan datang.


    Klik dan tandatangan di SINI
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sokong Perdana Menteri, Kempen Tandatangan Petisyen Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top