• Entri Terkini

    Wednesday, March 23, 2016

    Takziah Kepada Keluarga Allahyarham En.Shazman Halidi - YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon


    YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sg Besar dan Seluruh Warga Pusat Khidmat Parlimen Sungai Besar merakamkan Ucapan Takziah kepada keluarga allahyarham En.Shazman Halidi yang baru sahaja kembali kerahmatullah sebentar tadi, semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal sholeh..Alfatihah.

    Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

    Beberapa hari yang lalu rombongan dari Pusat Khidmat Parlimen Sungai Besar YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon telah meluangkan masa dan memberi sumbangan kepada Allahyarham.

    Rombongan tersebut diketuai oleh Tuan Muslimin Bin Yahaya, Setiausaha Sulit Kanan YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon. 


    Berita lawatan baca di SINI

    Mesej ringkas yang dihantar oleh ahli keluarga allahyarham kepada YB Dato'Hajjah Noriah Kasnon: 
    Assllmmualaikm sahabat sekelian. Adik saya Shazman bin hj Halidi anak ke 6 dari 9 org adik beradik. .sakit buah pinggang dh 10 th usia 40th.
    Baru2 ni ziarah kasih Yb  Noriah kasnon dan Muslimin ade dtg bagi sumbangan.djanka hari ni ade slot Bersamamu besama tv 3 . 


    Terima kasih Muslimin atas ke perihatinan ... Keadaannya x stabil seminggu ni.dari sabak  dhantar ke Hos Teluk Intan. 

    Hari ni jam 8 lebih adik telah pergi menyahut pangilan Illahi. Muga aruah tenang d sana.
     

    Terima kasih atas doa saudara3ku. Saya sdg urusankn jenazah . jenazah akan dsolatkn d rumah mak di pt 2 tengah jln baru g panjang . terima kasih semua.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Takziah Kepada Keluarga Allahyarham En.Shazman Halidi - YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top