• Entri Terkini

    Tuesday, March 15, 2016

    Tiga Pilot Wanita Muslimah Yang Hebat

    ZAMAN kini, wanita bergelar juruterbang bukanlah sesuatu yang pelik.

    Terbaru, tiga juruterbang wanita Royal Brunei Airlines mengendalikan pesawat Boeing 787 menjadi tumpuan.

    Tiga wanita hebat itu ialah Kapten Sharifah Czarena, dan dua pegawai pertama, Sariana Nordin dan Nadiah Khashiem.

    Pesawat itu berlepas dari Brunei dan membawa 300 orang penumpang.

    Apa yang menjadi perhatian adalah destinasi pesawat berkenaan iaitu Jeddah, Arab Saudi.


    Ironisnya apabila wanita menerbangkan pesawat itu ke sebuah negara di mana wanita tidak dibenarkan memandu kereta.

    Selain Royal Brunei Airlines, Air Canada dan Air India adalah antara beberapa syarikat penerbangan yang mengetengahkan juruterbang wanita.


     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Pilot Wanita Muslimah Yang Hebat Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top