• Entri Terkini

    Monday, March 14, 2016

    Ziarah Kasih Parlimen Sungai Besar Melangkaui Fahaman Politik

    Program Ziarah Kasih Parlimen Sungai Besar YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon yang diwakili oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau Tuan Muslimin Bin Yahaya pada petang ini telah mengunjungi En.Shazman b Halidi 40 thn yang telah menderita sakit buah pinggang hampir 10 tahun yang lalu.

    Beliau yang dikesan menghidapi sakit buah pinggang ketika berumur 30 tahun dan semakin serius sejak kebelakangan ini dan tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan.

    Beliau kini mendapat rawatan haemodialysis bagi mencuci buah pinggangnya seminggu 3 kali di pusat rawatan dialysis di Pekan Sungai Besar menurut Pegawai Perubatan Kesihatan Klinik Sungai Besar Dr Norshuzwani Bt Abdul Rahman yang turut serta dalam lawatan tersebut kos rawatan itu sebanyak RM 3,000 sebulan atau RM750.00 seminggu ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor dan Kementerian Kesihatan Malaysia jika dilakukan di hospital.

    Berikut keadaan beliau yang uzur tugas-tugas mencari nafkah keluarga diambil alih oleh isterinya Puan Maizatul Ikmiyah bt Marjan yang bekerja di Pasaraya Seri Kassim di Pekan Sungai Besar bagi menyara keluarganya yang mempunyai seorang ayah dan ibu yang sudah tua serta 3 anaknya yang masih kecil dan bersekolah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Hj Dorani.

    Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga malang ini En Shamsuri Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam yang turut serta dalam lawatan ziarah kasih ini telah meluluskan bantuan bagi perbelanjaan persekolahan bagi 3 orang anak beliau sebanyak RM300.00 sebulan.

    Beliau juga meminta masyarakat setempat untuk sentiasa berhubung terus ke pejabat JKM Daerah bagi mendapatkan maklumat berkaitan bantuan-bantuan yang diperlukan agar tidak mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin yang kononnya pihak JKM tidak peka dan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    JKM akan sentiasa sedaya upaya untuk membantu kebajikan rakyat sesuai dengan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka dan sentiasa akan berkerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

    Tuan Muslimin Bin Yahaya berkata, beliau bagi pihak Yang Berhormat Dato’Hajjah Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia akan terus memastikan program ziarah kasih mensejahterakan rakyat di kawasan parlimen ini menepati golongan sasaran.

    Program ini juga dilakukan tanpa ada batas sempadan perbezaan ideologi politik samada kepada penyokong kerajaan atau pun pembangkang kerana menjadi iltizam kepada YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon sepanjang menjadi wakil rakyat dikawasan ini beliau sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan slogan ‘Rakyat dihatiku” bukanlah sekadar omongan kosong,tetapi ia dapat dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat dikawasan Parlimen Sungai Besar ini.

    Pihak YB Dato’Hajjah Noriah Kasnon turut menyumbangkan sumbangan berbentuk hamper dan wang bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan sekiranya ada pihak-pihak yang ingin turut menyumbang kepada keluarga malang ini silalah hubungi :-

    En. Shazman b Halidi
    Tel : 0194074594 atau
    Pn.Maizatul Ikmiyah bt Marjan
    Tel : 0193308495

    Semoga sumbangan ikhlas anda mendapat ganjaran pahala dari ALLAH SWT.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ziarah Kasih Parlimen Sungai Besar Melangkaui Fahaman Politik Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top