• Entri Terkini

    Sunday, March 27, 2016

    Ziarah Kasih YB Dato' Hjh Noriah Kasnon, Selami Hati Rakyat Tanpa Sempadan Waktu

    27/3/2016 - Bagai dicemburui oleh masa, tatkala dihujung minggu yang sepatutnya bersantai bersama dengan keluarga, ada yang pergi bercuti dan ada yang pergi bersiar-siar dan beristirehat tapi tidak bagi sosok tubuh kecil molek ini yang mengatur langkah keluar masuk ke kampung-kampung semata-mata untuk menziarahi rakyat samada warga emas, orang sakit atau rakyat yang perlukan bantuan, rutin ini telah dilakukan sejak tahun 2004 sebaik sahaja dipilih menjadi 'Yang Berkhidmat' di Parlimen Sungai Besar ini.

    Tanpa menghiraukan penat lelah,hujan dan panas terik beliau akan gagah melangkah untuk mentuntaskan tanggungjawabnya yang sering kesuntukkan masa kerana jadual tugas yang padat sebagai Timbalan Menteri dan juga Ahli Parlimen namun itu tidak pernah dijadikan alasan mahupun melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

    Apabila beliau menatap wajah-wajah pilu warga emas, wajah sayu anak kecil OKU, wajah resah gelisah rakyat yang susah beliau semakin kuat berazam untuk membantu kerana semuanya itu amat memerlukan bantuan samada dari segi fizikal atau dorongan kata-kata semangat kepada mereka yang menjadi pengundinya sejak lebih sedekad yang lalu.

    Adakala kehadiran beliau disambut dengan dakapan mesra senyum riang adakala diiringi dengan airmata kerana terharu kerana tidak menyangka akan diziarahi oleh seorang wakil rakyat.

    Paparan ini adalah realiti dari 1001 cebisan kisah sepanjang Program Ziarah Kasih YB Dato'Noriah Kasnon di kawasan Parlimen Sungai Besar ini.
    "Rakyat dihatiku" telah menzahirkan tanggungjawab yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang ia bukanlah retorik untuk dijadikan momokan sandiwara politik.

    Penulis melihat kelangsungan program ziarah kasih ini telah berjaya mengeratkan hubungan ukhwah pemimpin dan rakyat dan ia adalah manifestasi iltizam YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mahu 'Rakyat didahulukan' mencapai matlamatnya.

    Ziarah Kasih hari ini telah menemui pasangan warga emas En.Sahak Bin Ali 78 tahun dan isterinya yang juga sedang uzur Pn Marsilah Binti Sukiman 70 tahun. En. Sahak yang telah kehilangan sebelah kakinya yang dipotong hingga ke paras pinggulnya. Dengan berkerusi roda beliau melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak dan membasuh pakaian kerana isterinya sudah tidak mampu untuk berjalan lagi.

    Pasangan warga emas ini mempunyai 5 orang anak yang bekerja diluar kawasan dan sekali sekala akan pulang untuk menjenguk ibubapanya dan menyediakan sedikit sebanyak keperluan orang tua mereka tanpa menafikan tanggungjawab mereka sebagai anak yang juga mempunyai tanggungjawab untuk bekerja mencari nafkah dan terikat dengan komitmen kerja dan keluarga masing-masing.

    Pasangan warga emas ini kelihatan pasrah, sabar dan tabah melalui hari-hari yang mendatang di usia senja mereka.

    Mengetahui tentang keuzuran pasangan warga emas ini Pengerusi JKKKP dikawasan tersebut Tn Hj Khairul memaklumkan kepada YB Dato'Hajah Noriah untuk datang menziarahi keluarga ini bagi membantu meringankan sedikit keperluan mereka.


    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ziarah Kasih YB Dato' Hjh Noriah Kasnon, Selami Hati Rakyat Tanpa Sempadan Waktu Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top