• Entri Terkini

    Thursday, March 03, 2016

    Ziarah Kasih: Yb Hjh Noriah Konsisten Turun Padang Mendekati Golongan Sasaran

    SUNGAI BESAR: Program ‘Ziarah Kasih’ Wanita UMNO Bahagian Sungai Besar yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato' Hajah Noriah Binti Kasnon merupakan langkah proaktif yang diambil bagi mendekati golongan yang memerlukan dengan lebih dekat. 

    Program ‘Ziarah Kasih’ yang diketuainya telah bermula sejak beliau menjawat Ketua Wanita UMNO dan Ahli Parlimen Sungai Besar sejak tahun 2004 lagi.

    Program yang diadakan pada setiap tahun ini akan pergi ke satu kampung ke satu kampung dimana beliau akan menziarahi pesakit-pesakit yang terdiri dari warga emas yang uzur atau sakit tua dan juga sakit yang ditimpa bencana atau lain-lain penyakit yang menimpa anggota komuniti dalam kawasan Parlimen Sungai Besar ini.
     

    YB Dato'Hajah Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri di Kementerian Perladangan, Perusahaan & Komoditi Malaysia berkata, 

    “Selalunya kita ambil lima atau enam buah rumah melalui nama yang diberikan oleh pengerusi JKKKP & Ketua-Ketua UMNO Cawangan yang turut dibantu oleh Skuad Sayang UMNO Bahagian Sungai Besar serta Pusat Khidmat Parlimen,
    Tambahnya lagi, pihaknya turut menyampaikan sumbangan dan bantuan kewangan kepada pihak-pihak yang terbabit.

    Mengulas lanjut, Wanita UMNO Bahagian mensasarkan 300 orang golongan sasaran pada tahun ini dan ia akan sentiasa menjadi rutin bagi mendekati setiap lapisan rakyat sepanjang beliau menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen disini.
     

    “Kalau diikutkan, dalam satu bulan sebanyak empat ke lima cawangan akan kita ziarahi bagi program ini.  Sehingga kini seramai 42 orang sudah dikunjungi yang meliputi dari Zon 1 hingga Zon 4 yang mana dalam bahagian ini ada 5 Zon". ujarnya.

    Tambahnya, daripada program yang dijalankan, pelbagai masalah telah berjaya dikesan malah Wanita UMNO Bahagian turut berusaha bagi mengambil tindakan susulan.

    “Jika ada warga emas yang terlantar, kita akan bawa pihak dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) beberapa hari selepas itu (ziarah) untuk memantau dan beri bantuan sama ada melalui JKM atau dari pihak-pihak yang berkenaan.

    “Sekiranya kita dapati ada rumah yang terlalu uzur dalam lawatan tersebut juga, kita akan usahakan untuk membantu,”tambah beliau.

    Sementara itu, dalam kunjungan ziarah kasih pada hari ini YB Dato' Hajah Noriah Kasnon yang turut diiringi oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau Tuan Muslimin Bin Yahaya telah melawat 10 orang yang menghidap pelbagai penyakit termasuk pesakit barah otak, pesakit buah pinggang,stroke dan warga emas yang sakit tua. Turut menerima kunjungan Ziarah Kasih ini adalah Mantan Ahli Parlimen Ybhg Dato' Hj Abdul Shukor yang sedang uzur.

    Semoga program ziarah kasih ini akan menjadi tautan erat diantara pemimpin dan rakyat dalam merekayasakan "Rakyat dihatiku" untuk menjadi leluhur yang dikenang sepanjang zaman.





    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ziarah Kasih: Yb Hjh Noriah Konsisten Turun Padang Mendekati Golongan Sasaran Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top