• Entri Terkini

    Friday, April 01, 2016

    Antara Fakta Menarik Berkaitan Pilihan Raya Sarawak


    KUCHING, 31 Mac (Bernama) -- Berikut beberapa fakta menarik berkaitan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11:

    > Jumlah kawasan pilihan raya negeri bertambah daripada 71 kepada 82.

    > Tan Sri Adenan Satem buat pertama kali memimpin Barisan Nasional hadapi pilihan raya negeri.

    > Dua anggota veteran Dewan Undangan Negeri daripada BN, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Datuk Gramong Juna, yang masing-masing telah berkhidmat sembilan penggal, berundur.

    > Mereka bakal digantikan oleh anak masing-masing, Gerald Rentap ak Alfred Jabu dan Allan Siden ak Gramong.

    > Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas, diumum bertanding di Bukit Saban, mencetuskan spekulasi beliau akan menggantikan Alfred Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri.

    -- BERNAMA
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Antara Fakta Menarik Berkaitan Pilihan Raya Sarawak Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top