• Entri Terkini

    Friday, April 29, 2016

    Cemas, Pintu Heli Yang Dinaik Oleh YB Rohani Tiba-tiba Terbuka

    Kuala Lumpur: "Tiba-tiba angin kuat menerpa masuk dipertengahan perjalanan diikuti bunyi dentuman di pintu helikopter sebelah Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Reza Rizvy.

    "Nasib baik SUSK bertindak pantas menutup semula pintu yang terbuka," kata Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim.

    Beliau berdepan detik mencemaskan apabila pintu helikopter dinaiki ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sibu ke Kampung Igan Tengah, di Mukah, Sarawak terbuka secara tiba-tiba.

    Selain beliau dan SUSK, turut menyertainya dalam perjalanan selama 30 minit itu ialah Setiausaha Akhbar, Kam Kamaruddin dan Pegawai Khas, Mohd Rashiman Rasid.

    Saya turut membantu menahan pintu helikopter daripada terbuka selama kira-kira 10 minit sebelum mendarat di Sekolah Kebangsaan Igan Tengah.

    "Saya sangat bersyukur walaupun melalui pengalaman yang mencemaskan, perjalanan saya dan rombongan selamat dengan bantuan juruterbang yang turut memberikan arahan yang jelas semasa insiden," katanya ketika dihubungi.

    Beliau berkata, saat cemas berkenaan bagaimanapun kembali terkawal dan tenang sebelum helikopter membuat pendaratan.

    "Pengalaman ini tidak melemahkan semangat saya untuk meneruskan perjalanan program yang disusun hari ini apabila semuanya menggunakan helikopter.

    "Saya bergerak dari Sibu ke Kampung Igan Tengah, Mukah, pada 9.30 pagi tadi, kemudian ke Balingian dan Sri Aman untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRNS)," katanya.




    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cemas, Pintu Heli Yang Dinaik Oleh YB Rohani Tiba-tiba Terbuka Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top