• Entri Terkini

    Monday, April 04, 2016

    Hero Highland Tower Maut Nahas Jalan Raya

    Mendiang N. Yogaraja (kiri) pada pertemuan dengan 'bayi ajaib' Highland Towers, Nur Hamidah Nadjib, minggu lalu
    SALAH seorang penyelamat yang terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa runtuhan Highland Towers, N. Yogaraja, 51, dilaporkan maut dalam nahas jalan raya, semalam.

    ‘Bayi ajaib’ yang pernah diselamatkan mendiang, Nur Hamidah Nadjib, 24, melahirkan perasaan simpatinya kepada keluarga mendiang.


    Artikel terdahulu:  

     Bayi Yang Terselamat Ketika Insiden Highland Tower 23 Tahun Dahulu Tiba Di KLIA

     Video Pertemuan Bersejarah Zaman Khan Dengan 'Bayi Ajaib Highland Tower
     
    “Saya sangat terkejut dengan berita kematiannya. Saya berdoa dan berharap keluarga mendiang dapat tabah dan redha dengan pemergiannya,” katanya yang berkesempatan bertemu dengan mendiang dalam satu pertemuan dengan para penyelamatnya, minggu lalu.

    Yogaraja yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangi melanggar pembahagi jalan di Taman Sri Manja, Puchong, pagi semalam.

    Mendiang dipercayai maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas menghantar anak perempuannya ke hospital.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hero Highland Tower Maut Nahas Jalan Raya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top