• Entri Terkini

    Friday, April 22, 2016

    Industri Kenaf Bersepadu Berpotensi Cerah Di Perlis - YB Noriah Kasnon


    PADANG BESAR, 21 April -- Taman Industri Kenaf Bersepadu (1KIP) yang bermatlamat menjana sumber ekonomi Perlis sebanyak RM5 juta setahun, bakal dibangunkan di kawasan Chuping.

    Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata projek itu yang merupakan model pembangunan kenaf pertama di negara ini yang meliputi keseluruhan rantaian, bermula daripada penanaman benih sehingga pemasaran produk berkenaan.

    "Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang dijalankan, Perlis optimis industri ini mempunyai potensi yang cukup luas dan akan memberi manfaat kepada rakyat, termasuk menyediakan peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRAR) di perkampungan Asnaf Batu Bertangkup, Chuping di sini hari ini.


    Azlan berkata usaha LKTN untuk merangsang kemajuan industri kenaf disambut baik berdasarkan impaknya untuk menggalakkan pembangunan ekonomi, pertanian, taraf hidup rakyat dan kemajuan negeri.
    "Sebanyak RM3 juta dilaburkan oleh LKTN untuk menggerakkan projek yang bakal dimulakan Ogos ini dengan penanaman kenaf yang meliputi kawasan seluas 420 hektar di Lembah Chuping," katanya.

    Terdahulu Noriah Kasnon Timbalan Menteri MPIC berkata "Kerajaan juga telah melihat potensi cerah projek ini berikutan iklim di kawasan utara Perlis ini sesuai untuk tanaman kenaf. Penduduk juga digalakkan mengusahakan tanaman kenaf secara kecil-kecil sebagai pertanian alternatif.
     

    Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui LKTN telah mengadakan beberapa inisiatif untuk mempromosikan bagi meluaskan pasaran dan pembangunan produk kenaf antaranya adalah seperti :-
     

    1. Perkongsian Awam Swasta (PPP) dalam pemprosesan Kenaf LKTN di Setiu Terengganu dan Pembangunan 3 Pusat Pemprosesan Kenaf di Kelantan,Pahang dan Kedah bagi menyokong pembangunan industri hiliran kenaf;
       
    2. Program Skim Pendapatan Rakyat (SPARK). Program ini diwujudkan bagi memgembangkan aktiviti keusahawanan kenaf melalui penghasilan produk kraf,bantal dan tilam kenaf. Sehingga kini terdapat seramai 122 peserta dari kalangan keluarga pekebun kecil kenaf telah telibat. Program ini mampu memberi pendapatan tambahan sehingga RM 1,500.00 sebulan kepada peserta yang terlibat.
       
    3. Program Kenaf Untuk Rakyat (1KUR) menyasarkan kepada kumpulan sasar yang tidak mempunyai tanah untuk penanaman kenaf atau mempunyai kawasan tanaman terhad kurang 1 hektar dan memproses serta mengeluarkan fiber premium.

    Hj.Mohd Adhan Kechik Pengerusi LKTN dalam ucapan aluannya di program tersebut berkata beliau melihat Perlis sebagai negeri yang paling berpotensi untuk membangunkan projek berkenaan bagi memenuhi kehendak industri tempatan dan eksport.

    LKTN akan memastikan bantuan yang diperlukan disalur bagi merealisasikan projek ini termasuk pengeluaran biji benih kenaf, pengeluaran fiber berkualiti tinggi melalui 1KUR (Program Kenaf Untuk Rakyat) serta insentif bekalan batang kenaf dan pinjaman mesin memproses.

    "Bagi pengeluaran produk IKS (Industri Kecil dan Sederhana) berasaskan kenaf, Pusat Pertumbuhan Desa Batu Bertangkup menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka dengan tumpuan bantuan ke atas pengeluaran pulpa daripada empulur kenaf sebagai produk perkakasan terbiodegradasi," katanya.

    Beliau berkata penanaman kenaf juga memberi pulangan yang lumayan iaitu RM500 satu tan, dengan kawasan seluas sehektar mampu menghasilkan 30 tan.

    Kesemua hasil dijamin, sama ada oleh pemaju industri atau LKTN sendiri, katanya.

    Pada majlis itu LKTN turut bertukar dokumen perjanjian kerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi pembangunan projek perintis pengeluaran pulpa kenaf di Perlis, disaksikan Azlan dan Noriah.


    Gambar sekitar lawatan YB Dato' Noriah Kasnon :








    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Industri Kenaf Bersepadu Berpotensi Cerah Di Perlis - YB Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top