• Entri Terkini

    Friday, April 08, 2016

    Keluar Lokap, Rafizi Cabar IGP Bertanding Pilihanraya

    Isu sama ada pemimpin PKR Rafizi Ramli diarah meletakkan tangan di belakang ketika dalam tahanan polis terus berpanjangan.

    Selepas sahaja dibebaskan dengan ikat jamin, setiausaha agung PKR itu terus mencabar Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanding dengannya jika mahu bermain politik.

    “Kalau IGP nak main politik mari bertanding di Pandan,” tulis anggota parlimen Pandan di Twitter.

    Tegas naib presiden PKR itu lagi, tindakan beliau meletakkan tangan di belakang seolah-olah seperti digari adalah sebahagian standard operasi piawai (SOP).

    Malah, Rafizi berkata arahan tersebut dibuat pegawai terlibat di hadapan peguamnya Saiful Izham Ramli.

    “Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai (polis) dan ia dibuat di hadapan peguam saya,” tulisnya.

    Justeru, Rafizi berkata beliau akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap Khalid atau tidak.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keluar Lokap, Rafizi Cabar IGP Bertanding Pilihanraya Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top