• Entri Terkini

    Saturday, April 30, 2016

    Keluarga Asas Pembentuk Perpaduan Kaum

    YBDS Rohani Abdul Karim terharu dengan doa dan harapan yang tinggi daripada Ketua Kampung Stumbin
    Sri Aman- Ibu bapa dalam institusi keluarga perlu memupuk semangat perpaduan di kalangan ahlinya sebagai perkara paling asas.

    Perpaduan perlu bermula dari rumah seterusnya diterapkan kepada anak-anak di di luar rumah, di sekolah antara pelajar dan guru, jiran tetangga, masyarakat setempat dan antara kaum dalam komuniti berbilang bangsa dan agama.

    "Sarawak merupakan model perpaduan dan keharmonian terbaik yang ditunjukkan di kalangan masyarakat berbilang bangsa serta etnik yang mempunyai keunikan tersendiri. Elemen inilah yang perlu dikekalkan oleh masyarakatnya dengan menolak anasir-anasir melampau yang boleh menggugat perpaduan masyarakat Sarawak", kata Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar.

    Beliau turut memuji inisiatif yang ditekankan oleh Ketua Menteri Sarawak di mana konsep perpaduan telah di beri fokus dalam '53 Prinsip dan Tindakan' selama beliau menjadi Ketua Menteri serta perkara ke-2 dan ke-3 dalam Menifesto BN 2016 iaitu mempertahankan keamanan & keharmonian negeri Sarawak dan memelihara budaya, warisan & kepercayaan pelbagai kaum.

    Maka tidak hairanlah Kuching telah dipilih sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri tahun lalu.

    Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program 'Strive 4 Unity' yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Stadium Mini Sri Aman. Turut hadir calon BN N28 Lingga, Hjh Simoi Peri.

    Dato' Sri Rohani Abdul Karim turut merasmikan Program Bersamamu Masyarakat di Dewan Kampung Melayu Stumbin dan Program Pemimpin bersama Rakyat di Rumah Panjang Raweng di sini.



    YBDS Rohani Abdul Karim bersama dengan kanak-kanak pra sekolah sekitar Sri Aman sewaktu merasmikan program 'Strive 4 Unity'

     Pesanan yang diberikan oleh YBDS Rohani Abdul Karim kepada Wanita PBB Kg.Melayu Stumbin sewaktu Program Bersamamu Masyarakat di Sri Aman


    Doa kesyukuran yang dipanjatkan oleh penduduk Kampung Stumbin kepada YBDS Rohani dan pegawai-pegawai yang berdepan dengan saat cemas pintu helikopter terbuka semalam.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keluarga Asas Pembentuk Perpaduan Kaum Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top