• Entri Terkini

    Wednesday, April 06, 2016

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LGM 2015

    Grand Dorset Subang Jaya - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 Lembaga Getah Malaysia yang dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 6 April 2016.

    Majlis turut disertai oleh Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia YBhg Dato' Dr Mohd Akbar Md Said ,Dr Zairossani Mohd Nor, Tim Ketua Pengarah (P&I) dan Dr Suarni Sumormo, Tim Ketua Pengarah (D&O).
     

    Dalam ucapan beliau, YB Dato' Noriah merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada semua penerima APC bagi tahun 2015 dan menjadi harapan beliau semoga penerima APC akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang serta menjadi contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.
     

    Disamping itu beliau juga menekankan bahawa kerja itu satu amanah dan sistem penyampaian mesti dipertingkatkan kerana LGM merupakan agensi yang sering berhubung dgn rakyat.

    Isu2 LGM dekat dgn rakyat dan isu-isu berkait dengan Getah & Pekebun Kecil Getah selalu ditimbulkan di dewan rakyat bermakna rakyat sgt memerlukan agensi seperti LGM yang sangat signifikan utk efektif.

    Majlis Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan LGM kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berjaya memberi perkhidmatan cemerlang dan menyumbang kepada pencapaian LGM sepanjang tahun lalu. 


    Asas penilaian pemilihan penerima APC adalah merangkumi pelbagai aspek termasuk penilaian prestasi perkhidmatan, perakuan penyelia atau Ketua Jabatan, rekod perkhidmatan yang baik dan disiplin serta rekod penglibatan aktiviti komuniti dan sosial pegawai diluar bidang tugas. 

    Di samping itu, penilaian juga dibuat ke atas kemampuan seseorang pegawai atau kakitangan dalam melaksanakan tugas yang melebihi daripada keperluan dan tanggungjawab biasa bagi jawatan mereka.

    Seramai 101 orang penerima bagi tahun ini.

    Majlis APC turut diserikan dengan nyanyian daripada Kumpulan Koir LGM yang mendendangkan beberapa lagu sebelum majlis berakhir.

    Untuk Teks Ucapan penuh YB Dato'Noriah Kasnon sila baca di SINI





     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LGM 2015 Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top