• Entri Terkini

    Tuesday, April 12, 2016

    Masalah Air Selangor: Azmin Hanya Tahu Beri Alasan Bukan Selesaikan


    SELANGOR AKAN HADAPI BEKALAN AIR KRITIKAL 2017-2019, KATA AZMIN
    SUNGAI BULOH
    – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjangka Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019.

    Beliau berkata, ini disebabkan berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan Projek Langat 2.

    “Projek Langat 2 yang sepatutnya siap pada tahun 2017 akan menghadapi kelewatan dan hanya sempurna dalam jangka waktu yang akan dimaklumkan pada 2019.

    “Maka, tempoh 2017 hingga 2019 ini boleh diklasifikasi sebagai fasa kritikal sumber air di Selangor,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan Azmin menambah, disebabkan itu pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil keputusan untuk menggunakan sebahagian daripada peruntukan tersebut untuk membina dua loji rawatan lain.

    Katanya, dua loji rawatan itu adalah di Labohan Dagang dan Semenyih, melibatkan kos hampir RM800 juta dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

    “Kita percaya dengan siapnya dua loji rawatan ini, akan dapat menampung permintaan air terawat dalam tempoh yang kritikal ini,” katanya.

    Dua loji rawatan itu akan dibina bermula pada pertengahan tahun ini dan dijangka siap pertengahan 2017
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Masalah Air Selangor: Azmin Hanya Tahu Beri Alasan Bukan Selesaikan Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top