• Entri Terkini

    Tuesday, April 12, 2016

    Mata Wang Ringgit Catat Prestasi Terbaik Di Asia Setakat Tahun Ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan rombakan kabinet pada 28 Julai tahun lalu sedikit sebanyak memberi sumbangan ke atas prestasi positif berkenaan.

    "Ini mungkin mengejutkan lawan politik saya, yang mendakwa jika saya terus menjadi perdana menteri, ringgit akan menyusut 4.80 kepada dolar. Kini (ringgit) mencatat 3.88 berbanding dolar.

    "Malah ada yang mempunyai prinsip sendiri, mendesak campur tangan asing dan ada juga bijak pandai, memburuk-burukan Malaysia. Mereka mempunyai agenda dan kepentingan peribadi diletakkan mengatasi kepentingan negara. Bagi mereka, kerosakan ke atas negara hanya kolateral. Bagi mereka tindakan itu wajar," katanya dalam ucaptama pada Invest Malaysia 2016 di sini hari ini.

    Beliau berkata, ketika ini, asas ekonomi Malaysia juga mapan dipacu oleh pasaran model Islam yang merekodkan pertumbuhan positif iaitu 6.7 peratus sekali gus mengekalkan kedudukan negara sebagai peneraju sukuk global.

    Katanya, prestasi berkenaan berjaya membolehkan Malaysia mengekalkan rekod pasaran aktif paling lama di dunia seperti direkodkan dalam Bursa Malaysia.

    Menurutnya di samping ekonomi negara yang berkembang baik, ada pihak membuat pelbagai tuduhan liar termasuk mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Najib berkata minggu lepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membentangkan laporan mengenai 1MDB di Parlimen yang mengenal pasti kelemahan pengurusan dan struktur 1MDB dan laporan itu membuktikan dakwaan kehilangan RM42 bilion seperti didakwa sesetengah pihak adalah palsu.

    Beliau berkata yang jelas ada proses rasionalisasi yang berjalan lancar dengan hutang besar berjaya diselesaikan.

    "Pada tahun-tahun mendatang, 1MDB akan mencatat legasi sebenar dan akan diingati. Sejarah akan menunjukkan bahawa dakwaan memalukan bermotifkan politik dibuat bagi menumbangkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi adalah palsu," katanya.

    Najib berkata fakta membuktikan dakwaan itu salah dan sudah sampai masanya untuk bergerak ke depan dan memberi tumpuan semula ke arah memperkukuh ekonomi Malaysia.


    sumber
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mata Wang Ringgit Catat Prestasi Terbaik Di Asia Setakat Tahun Ini. Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top