• Entri Terkini

    Monday, April 18, 2016

    Muhyiddin, Shafie Pasang Perangkap Untuk Tunjuk Najib Jahat

    "Muhyiddin, Shafie pasang perangkap untuk tunjuk Najib jahat. Kedua-duanya tahu akibat mengkritik Presiden parti tetapi tidak hiraukan kerana mahu dipecat sekaligus menampakkan Najib Razak pemimpin kejam."
    PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sengaja mencabar Lembaga Disiplin parti UMNO untuk memecat mereka dengan mengadakan jelajah Selamatkan Malaysia mendesak Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

    Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, usaha itu bagi menampakkan Najib lebih kejam di mata rakyat apabila kedua pemimpin itu dipecat dari parti.

    “Meraka saja (buat jelajah Selamatkan Malaysia kritik Najib) bagi mengundang diri mereka dipecat supaya nampak Najib ini sebagai Presiden UMNO yang jahat.

    “Mereka (Muhyiddin dan Shafie) orang lama, mereka tentu tahu apa kesan yang akan diterima sekiranya mengkritik Presiden, tapi mereka terus buat (kritik Najib) jadi bermakna mereka memang mahu disingkirkan secara rasmi,” katanya kepada FMT.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muhyiddin, Shafie Pasang Perangkap Untuk Tunjuk Najib Jahat Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top