• Entri Terkini

    Tuesday, April 05, 2016

    Penjelasan YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Berhubung Pelan Khusus Industri Biodiesel Negara

    Yb Dato' Hajjah Noriah Kasnon menjawab soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen BN Sekijang berhubung perkembangan terkini industri biodiesel negara.

    SOALAN :

    Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan terkini industri biodiesel negara serta nyatakan pelan khusus yang dirancang Kementerian dalam mempelbagaikan produk hiliran sawit termasuklah dalam persediaan menghadapi Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).


    JAWAPAN:

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program B5 (adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum) telah dilaksanakan secara berfasa bagi sektor pengangkutan (runcit, perikanan dan sektor lain yang diberi subsidi) mulai Jun 2011. Kadar adunan ini telah dipertingkatkan kepada B7 (adunan 7% biodiesel sawit dengan 93% diesel petroleum) dan telah pun dilaksanakan di seluruh negara mulai November 2014.

    Daripada hanya lima (5) buah kilang biodiesel sawit yang beroperasi pada 2006, kini terdapat 18 buah kilang biodiesel yang beroperasi dengan installed capacity 2.3 juta tan setahun.

    Jumlah pengeluaran palm methyl ester (PME) pada tahun 2015 ialah 673,000 tan. Daripada jumlah ini, dianggarkan sebanyak 352,000 tan PME digunakan untuk Program B7. Selain itu, sejumlah 179,000 tan PME dieksport ke luar negara bagi tahun 2015 dengan nilai lebih RM400 juta.

    Pada masa ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berada pada fasa akhir konsultasi dengan pihak berkepentingan bagi melaksanakan Program B10 (adunan 10% biodiesel sawit dengan 90% diesel petroleum). Pelaksanaan Program B10 dijangka akan meningkatkan jumlah penggunaan biodiesel sawit tempatan kepada 502,000 tan setahun.

    Tuan Yang Di-Pertua,

    Pihak Kementerian sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memperkukuhkan pembangunan industri hiliran sawit ke arah penghasilan pelbagai produk baru dan nilai tambah berasaskan sawit.

    Langkah-langkah tersebut termasuk potensi menembusi pasaran baru dengan terlaksananya Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) seperti berikut:

    (i) menggalakkan pemindahan teknologi;

    (ii) bekerjasama dengan institusi penyelidikan di negara-
    negara pengimport utama;

    (iii) meningkatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan
    ke arah menghasilkan produk-produk baharu berasaskan
    sawit; dan

    (iv) mengggalakkan industri tempatan melabur dalam
    penghasilan produk-produk makanan dan oleo derivatives
    melalui pemberian insentif dalam bentuk geran sehingga
    40% ke atas nilai pelaburan.


    Sekian, terima kasih.


     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penjelasan YB Dato' Hajah Noriah Kasnon Berhubung Pelan Khusus Industri Biodiesel Negara Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top