• Entri Terkini

    Tuesday, April 26, 2016

    #PRNSARAWAK : Adenan Dan Douglas Uggah Dijangka Menang Besar

    KEMENANGAN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu dan Bukit Saban pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 memberi keyakinan bahawa parti kompenan dari Barisan Nasional (BN) akan menang besar sekali lagi pda PRN kali ini.

    Semalam telah menyaksikan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dari BN dan lawannya Jazolkipli Numan Dari Parti Keadilan (PKR) disahkan bertanding di kerusi DUN Tanjung Datu apabila Parti Reformasi Negeri (STAR) yang mencalonkan Mura Kadir tidak muncul sehingga tamat tempoh penyerahan kertas pencalonan.

    Adenan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan turut berkesempatan menunaikan solat hajat di Masjid At-Taqwa yang terletak berhampiran Dewan Masyarakat Lundu sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

    Pada PRN-10, Adenan memenangi kerusi Tanjung Datu dengan memperolehi majoriti 3,216 undi.

    Manakala,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang pertama kali bertanding di kerusi DUN, berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR, Noel Changgai Bucking bagi kerusi Bukit Saban.

    Beliau yang juga naib presiden kanan PBB tiba di pusat penamaan calon pada jam 9 pagi diiringi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan kira-kira 2,000 penyokong.

    Kerusi majoriti kaum Iban itu menjadi milik BN apabila Robert Lawson Chuat menang dengan majoriti 2,774 undi pada 2011. Robert mengalahkan calon PKR, Jerah Engkiong dan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Dayrell Walter Entries yang turut hilang wang deposit.

    Kini timbul spekulasi mengatakan bahawa Douglas Uggah bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang tidak bertanding mempertahankan kerusi Layar pada pilihanraya kali ini sekaligus mengakhiri kerjaya politiknya sebagai wakil rakyat.

    Populariti Unggah setanding Adenan iaitu daripada 64 peratus (1986) kepada 88 peratus (2013) selepas pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) iaitu 1986 hingga 2013.

    Uggah mempunyai pengalaman politik yang jarang dimiliki ahli-ahli politik di Sarawak bermula dari bawah iaitu sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak (1977-1986).

    Beliau kemudiannya menyandang jawatan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (1987-1990), Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1990-1995), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Bandar (1995-1999), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2003), Timbalan Menteri Pengangkutan (2003-2008), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kini sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRNSARAWAK : Adenan Dan Douglas Uggah Dijangka Menang Besar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top