• Entri Terkini

    Thursday, April 28, 2016

    #PRNSarawak: PTPTN Sumbang RM15,000 kepada 3 Sekolah di Parlimen Batang Lupar

    28 Mei, Beladin- Sejumlah RM15,000 disumbangkan PTPTN kepada 3 buah sekolah di Parlimen Batang Lupar di mana setiap sekolah menerima RM5,000 di Program Mesra Pelajar Bersama PTPTN.

    Sekolah menengah di kawasan Parlimen Batang Lupar yang menerima sumbangan ini ialah SMK Beladin, SMK Sebuyau dan SMK Pusa.

    Sumbangan ini bagi membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar dan merupakan program tanggungjawab sosial korporat PTPTN kepada pelajar miskin cemerlang dan masyarakat setempat.

    "Setiap pelajar sekolah perlu menanam impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. PTPTN menyediakan pinjaman bagi pembiayaan pengajian di peringkat universiti yang mana boleh digunakan oleh semua pelajar terutamanya pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mencapai hasrat ini", kata Dato' Sri Rohani Abdul Karim yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar sewaktu merasmikan program ini.

    Selain sumbangan wang tunai, PTPTN turut mengadakan lawatan serta menyumbang barangan asas dapur kepada keluarga pelajar miskin di kawasan setempat.

    Turut hadir ialah Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar Hj Nasrah, Pengerusi PTPTN dan Tuan Hj. Razaili Hj Gapor yang merupakan calon BN bagi DUN N29 Beting Maro.




     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRNSarawak: PTPTN Sumbang RM15,000 kepada 3 Sekolah di Parlimen Batang Lupar Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top