• Entri Terkini

    Thursday, April 28, 2016

    #PRNSarawak: Wanita Layar Hanya Terima Calon BN Sebagai Pemimpin

    28 Mei, Layar- Wanita Layar memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Tan Sri Dr Adenan Satem serta #TeamAdenan dalam pilihanraya negeri Sarawak yang bakal berlansung.

    Wanita Layar sebulat suara menolak kehadiran kepimpinan selain daripada Barisan Nasional ke kawasan ini.

    Layar di bahagian Betong telah menikmati pembangunan ekonomi serta sosial dan perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan Negeri dan kepimpinan Barisan Nasional selama ini.

    "Kekalkan kepercayaan dan kesetiaan anda kepada Barisan Nasional di Layar, Betong malah seluruh Sarawak pada pilihanraya Negeri nanti. Pastikan kemenangan besar di tangan kita sekurang-kurangnya 70 kerusi berpihak kepada BN," kata Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Naib Ketua Wanita PBB merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar semasa merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Panjang Bayai ak Gani di sini.

    Dato' Sri Rohani turut mengingatkan wanita untuk turut serta menyumbang tenaga dan buah fikiran kepada komuniti setempat yang berupaya merancakkan lagi pembangunan ekonomi tempatan.

    Kira-kira 600 wanita Layar berkumpul bagi menandakan sokongan kepada calon BN N36 Layar, Gerald Rentap Jabu.

    Turut serta Dato Sri Empiang Jabu, Ketua Wanita PBB yang juga merupakan Ketua Wanita BN Negeri Sarawak.


     
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: #PRNSarawak: Wanita Layar Hanya Terima Calon BN Sebagai Pemimpin Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top