• Entri Terkini

    Sunday, April 10, 2016

    "Silat bukan sebarang silat, Silat Melayu kaya falsafahnya" - YB Dato Hajah Noriah Kasnon

    "Kelat bukan sebarang kelat,
    Kelat mengkudu ada khasiatnya;
    Silat bukan sebarang silat,
    Silat Melayu kaya falsafahnya."
    Festival Silat yang sedang berlangsung di Sungai Besar telah menarik minat ramai anak muda didaerah ini untuk turut bersama menghidupkan Warisan Zaman Seni Pertahankan diri dunia persilatan agar ia terus hidup sepanjang zaman bak kata pepatah melayu agar warisan nenek moyang ini "tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas".
     

    Bukan semata-mata untuk mempertahankan diri tapi Seni Silat ini juga boleh dijadikan aktiviti yang mencergaskan tubuh badan dan minda. YB Dato'Noriah Kasnon Ahli Parlimen Sungai Besar dalam ucapan ketika merasmikan festival tersebut turut menyarankan setiap JKKKP mesti ada paling kurang 1 gelanggang perguruan silat di tempat masing-masing dan bagi merealisasikannya beliau telah meluluskan sebanyak rm10k untuk tilam silat baru dan rm15k untuk kejohanan silat parlimen sungai besar.
     

    Kejohanan itu nanti akan dianjurkan bersama Pusat Khidmat Parlimen Sungai Besar, Kelab Mahasiswa Parlimen Sungai Besar dan PESAKA.



    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Silat bukan sebarang silat, Silat Melayu kaya falsafahnya" - YB Dato Hajah Noriah Kasnon Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top