• Entri Terkini

    Tuesday, April 12, 2016

    PRN Sarawak: Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi - SPR

    Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, mesyuarat bermula pukul 9.30 pagi di Hotel Merdeka Palace di sini, akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah.

    ‘‘Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa perkara penting berhubung PRN-11 nanti.

    ‘‘Antara dibincangkan termasuk hari penamaan calon, pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan semasa pilihan raya tersebut,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Selain itu, katanya, mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang perlu dilaksanakan oleh suruhanjaya itu sepanjang proses mengendalikan PRN-11.

    Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini secara rasmi dibubarkan selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud bersetuju meluluskan dan menandatangani surat pengisytiharan pembubaran itu pada hari ini.

    Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan antara beliau dengan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di kediamannya di Demak Jaya di sini pada 31 Mac lalu.

    Surat pengisytiharan itu akan dihantar oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kepada Mohd. Hashim Abdullah pada 1 April lalu bagi membolehkan SPR mengambil tindakan lanjut untuk menentukan hari penamaan calon dan tarikh PRN-11 diadakan.
    • Komen Blogger
    • Komen Facebook

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PRN Sarawak: Tarikh Penamaan Calon dan Mengundi - SPR Rating: 5 Reviewed By: azmy klanajaya
    Scroll to Top